Friday, March 09, 2012

STPM 2011: Kurang Berkemampuan Belajar Sendiri Tanpa Tuisyen Yuen Leng Bukti 4A



DENISE Choong Yuen Leng dilambung oleh rakan-rakan setelah muncul pelajar terbaik STPM di SMK (P) St. George, Pulau Pinang, kelmarin.

PULAU PINANG 8 Mac - Tidak berpeluang ke kelas tuisyen kerana keluarga tidak berkemampuan tidak menghalang Denise Choong Yuen Leng, 20, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George itu mendapat 4A dalam semua subjek yang didudukinya.

Pendapatan bapanya sebagai mekanik yang tidak seberapa, membuatkan dia bertekad belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga.

Selain itu, dia mendisiplinkan diri dengan mentelaah pelajaran secara konsisten.

Menurutnya, dia tidak menyangka mendapat 4A untuk semua mata pelajaran yang diambilnya iaitu Biologi, Kimia, Pengajian Am dan Matematik.

"Saya tidak belajar sepanjang masa tetapi melatih diri supaya tidak membuang masa yang ada. Selain belajar, saya juga banyak bertanya guru bagi menyelesaikan masalah pembelajaran.

"Saya lebih suka mengulang kaji seorang diri berbanding berkumpulan. Ini kerana bagi saya belajar secara berkumpulan kurang berkesan kerana tahap kefahaman di antara satu sama lain tidak sama," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...