Friday, March 09, 2012

STPM 2011: SMK Baru Miri Peroleh 98.36% Lulus


TAHNIAH: Elisabeth (tiga kiri) merakam kenangan bersama sebahagian calon STPM SMK Baru Miri yang memperolehi keputusan cemerlang.

MIRI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru Miri mencapai keputusan 98.36 peratus  kelulusan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berbanding tahun sebelumnya dengan pencapaian cemerlang, Ngang Jin Loung yang memperolehi 3A 1B.

Manakala lima lagi calon cemerlang yang mendapat 1A dan 3B ialah Alexander Lucas, George Tan Yu Ruk, Kenny Jacob, Pauline Nanie dan Tian Tze Chung.

Sementara Mohd Al Hatta memperolehi keputusan 1A, 2B dan 1C, manakala dua lagi calon iaitu Jacquelyn Lumih dan Paula Nanie masing-masing mendapat keputusan 4B.

Penolong Kanan SMK Baru Elisabeth memberitahu, hanya 60 daripada 61 calon telah menduduki peperiksaan STPM berkenaan.

Katanya, seramai 25 calon telah memperolehi empat Prinsipal (lulus penuh), tujuh orang mendapat tiga Prinsipal (lulus penuh), 14 orang (dua Prinsipal), 14 orang (satu Prinsipal) sementara seorang lagi calon tidak hadir menduduki STPM.

Jelas beliau, keputusan STPM tersebut meningkat sebanyak 2.13 peratus berbanding tahun sebelumnya dan keputusan terbabit memberangsangkan.

- UB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...