Sunday, March 04, 2012

Tiada Pelajar Malaysia Terbabit Dalam Bencana Puting Beliung di AS: Konsul

NEW YORK: Tiada pelajar Malaysia di Indiana, Kentucky dan Ohio, Amerika Syarikat dilaporkan terbabit dalam bencana puting beliung yang melanda kawasan itu sejak dua hari lalu, kata Konsul Jeneral Malaysia di sini, Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman. 

Beliau berkata Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) di Washington setakat ini belum mendapat sebarang laporan mengenai pelajar Malaysia yang terbabit dalam bencana itu dan menasihatkan ibu bapa supaya tidak bimbang mengenai anak-anak mereka di sini.

Pelajar Malaysia yang menghadapi masalah akibat bencana berkenaan boleh menghubungi MSD dan juga pejabat konsul di sini untuk diberi bantuan, katanya kepada BERNAMA dan RTM di pejabatnya di sini.

Laporan CNN menyebut puting beliung melanda Amerika Syarikat pada Jumaat sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terkorban di Indiana, Kentucky dan Ohio. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...