Wednesday, March 21, 2012

UMSLink Tumpu 3 Sektor Utama Untuk Bangun Pelan Strategik 5 Tahun

  Pengajar.Info       Wednesday, March 21, 2012

Juhar Mahirudin (tengah) bersama Masidi Manjun (dua dari kanan), Hamid Egoh (kanan) dan K.Y Mustafa (dua dari kiri) memotong kek pada majlis makan malam UMSLink di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

KOTA KINABALU 20 Mac – Anak syarikat Universiti Malaysia Sabah (UMS) UMSLink akan memberi tumpuan kepada tiga sektor utama dalam membangunkan pelan strategik lima tahun bermula tahun depan.

Pengerusi Kumpulan UMSLink, Datuk K.Y Mustafa berkata, sektor utama yang digariskan dalam pelan strategik kedua itu ialah pendidikan dan latihan, perniagaan berasaskan pertanian dan pengurusan hartanah.

“Kami amat yakin dengan sokongan berterusan daripada UMS, pelan tersebut akan mampu dicapai dengan jayanya,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam UMSLink di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahirudin; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Abdul Hamid Egoh.

Menurutnya, setakat ini UMSLink telah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang khususnya dalam meningkatkan pendapatan UMS.

Beliau memberitahu, pada masa ini UMSLink telah menubuhkan tiga anak syarikat dan mewujudkan 10 rakan kongsi perniagaan.

Katanya, pada tahun lalu perolehan bersih UMSLink ialah sebanyak RM8 juta.

“Ini menunjukkan kegigihan dan dedikasi lembaga pengarah syarikat terutama pengurusan dan kakitangan dalam membawa UMSLink ke tahap yang lebih tinggi,” ujarnya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading UMSLink Tumpu 3 Sektor Utama Untuk Bangun Pelan Strategik 5 Tahun

Previous
« Prev Post

No comments: