Friday, March 09, 2012

Universiti Perlu Jadi Penggerak Inovasi


KUALA LUMPUR – Kerajaan menaruh keyakinan tinggi terhadap kepimpinan universiti yang serius dan profesional untuk melaksanakan agenda inovasi secara berterusan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata semua warga universiti perlu memainkan peranan dalam menjayakan budaya inovasi di institusi masing-masing.

“Sebagai peneraju inovasi, kita mesti berani mencari penambahbaikan yang baharu, berani mempersoalkan amanah yang lazim kita amalkan malah kadangkala perlu berani mencabar status quo,” katanya.

Mohd Sidek berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam di sini, Khamis malam. – BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...