Thursday, May 10, 2012

Temuduga Terbuka Pengambilan Pelajar UiTM, IKBN Sempena Pesta Kaamatan UPKO 2012

Anda semua dijemput hadir ke Rumah Terbuka Kaamatan UPKO 2012 pada 20-Mei-2012, Bertempat di Dewan Serbaguna Tanjung Aru (Berdekatan dengan Terminal II KKIA, AirAsia) bermula pada jam 8.00 pagi.

Bersempena dengan Pesta Kaamatan UPKO 2012, bertempat di Dewan Serbaguna Tanjung Aru pada 20.Mei.2012, bermula pada jam 8.00 pagi, Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM-Sabah) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN-Sabah) akan mengadakan temuduga terbuka untuk pengambilan pelajar untuk mengikuti program di institusi mereka. Sementara itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga akan mengadakan kiosk Penerangan dan Informasi.

Oleh yang demikian, adalah diuar-uarkan bahawa, pelajar lepasan SPM untuk menghadiri temuduga berikut:

Universiti Teknologi Mara – UiTM;
Krusus yang ditawarkan: Pra-Diploma (Sains dan Perdagangan) dan seterusnya ke Diploma
Syarat Kemasukkan: Mendapat 4 kredit di peringkat SPM (Termasuk BM, BI, Matematik)

Nota: Bagi mereka yang layak dibawah program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), Yuran Pendaftaran & Pengajian akan dikecualikan.

Institut Kemahiran Belia Negara pula menawarkan pelbagai jenis Program Latihan dan Keusahawanan.

Sila bawa salinan sijil persekolahan, KP & Sijil Lahir anak, bapa dan ibu.

Mohon pihak tuan / puan untuk menyebarkan maklumat ini.

Terima kasih

No comments: