Wednesday, June 27, 2012

4 Pelajar Cacat Penglihatan Antara 29 Penerima Biasiswa Sarawak Shell

  NR       Wednesday, June 27, 2012
Menteri Kewangan II dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh bergambar dengan pelajar-pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berjaya mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Mereka terdiri daripada daripada Marcos Joel (kiri), Ruth Yong Wong Theen (dua, kiri), Christina Liliah Palau dan Rubiana Bunsu pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Shell 2012 di sini Isnin. Turut sama Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam (tiga, kanan) dan Timbalan Presiden Bahagian Sumber Manusia Asia Tenggara Shell Leslie Hayward (dua, kanan).

KUCHING, 19 Jun (Bernama) -- Empat pelajar cacat penglihatan adalah antara 29 pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Shell Selasa.

Marcos Joel, Ruth Yong Wong Theen, Christina Liliah Palau dan Rubiana Bunsu, yang tidak dapat melihat sejak lahir, menerima anugerah itu daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat negeri Datuk Seri Wong Soon Koh pada satu majlis di sini.

Ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah itu, Marcos, 21, yang menamatkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang, bercita-cita mengikuti pengajian dalam jurusan pendidikan atau komunikasi di peringkat universiti.

Pemuda berasal dari Kampung Tanjung Bijat di Sri Aman ini berkata dia telah membuat persiapan untuk mengikuti pengajian dalam bidang itu dengan mengikuti latihan jangka pendek di Kuala Lumpur.

Ruth, 21, pula berkata ibunya sentiasa menjadi sumber inspirasi yang mendorongnya untuk berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang.

-- BERNAMA

logoblog

Thanks for reading 4 Pelajar Cacat Penglihatan Antara 29 Penerima Biasiswa Sarawak Shell

Previous
« Prev Post

No comments: