Wednesday, June 06, 2012

50 Permohonan Guru Mahu Aktif Politik

  NR       Wednesday, June 06, 2012
SHAH ALAM, 24 Mei (Bernama) -- Sebanyak 50 permohonan diterima daripada kalangan guru yang mahu menyertai politik berikutan kelonggaran sejak 2010 yang membenarkan pegawai kerajaan bergiat aktif dan bertanding serta memegang jawatan dalam parti politik, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi.

"Daripada permohonan itu, 24 diluluskan manakala sembilan lagi ditolak. Bakinya masih dalam proses penelitian," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor di sini pada Khamis.

Mohd Puad berkata antara sebab permohonan mereka ditolak adalah kerana memegang jawatan seperti penolong kanan, guru besar dan pengetua.

Beliau berkata daripada keseluruhan permohonan yang diterima, hanya satu membabitkan penyertaan dalam parti pembangkang.

Kelonggaran adalah bagi pegawai dari gred DG41 hingga DG48.

BERNAMA: 25 Mei 2012
logoblog

Thanks for reading 50 Permohonan Guru Mahu Aktif Politik

Previous
« Prev Post

No comments: