Saturday, June 30, 2012

93 Sekolah Di Sarawak Terjejas Akibat Kemarau

  NR       Saturday, June 30, 2012

KUCHING, 29 Jun (Bernama) -- Sebanyak 93 sekolah termasuk lima sekolah menengah di kawasan pedalaman dan pesisir pantai Sarawak terjejas akibat musim kemarau yang melanda seluruh negeri itu sekarang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani, bagaimanapun berkata keadaan tersebut tidak menjejaskan sesi persekolahan harian atau sekolah terbabit perlu ditutup sementara waktu.

"Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri (JPBBN) sedang memantau keadaan di beberapa sekolah yang terjejas dan setakat ini tiada sekolah yang ditutup atau pun pelajar diarah pulang pada hujung minggu dan keputusan itu adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pelajaran Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah Lima Bintang dan Ngiling Tikai (penutup perayaan Gawai) Jabatan Ketua Menteri di sini pada Jumaat.

Mohamad Morshidi yang juga Timbalan Pengerusi JPBBN berkata setakat ini 24,743 penduduk membabitkan 3,669 keluarga turut terjejas akibat kemarau sejak beberapa minggu lepas.

-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading 93 Sekolah Di Sarawak Terjejas Akibat Kemarau

Previous
« Prev Post

No comments: