Wednesday, June 27, 2012

AD Leong Bon Huat, Bekas Banduan Dadah Berubah & Berkongsi Hidup

  NR       Wednesday, June 27, 2012

AD Leong membuat demonstrasi merotan

Pernah dengar nama Leong Bon Huat? Jika tidak search dulu di internet untuk membaca lebih lanjut berita-berita ataupun kes Leong bon Huat yang sering dirujuk ini. 

Menarik untuk Igat kongsikan kali ini kisah Leong Bon Huat ataupun lebih dikenali sebagai AD Leong merupakan bekas penagih dan pengedar dadah terlepas daripada hukuman mati kerana berkelakuan baik semasa menjalani latihan di penjara. 

AD Leong dipenjara semasa berumur 19 tahun atas kesalahan mengedar dadah dan ditangkap di Limbang, Sarawak. Atas kesalahannya itu AD Leong dipenjara & digantung sampai mati. 
                                                       
Kehidupan baiknya di penjara telah mengubah hukuman tersebut kepada hukuman penjara seumur hidup dan kemudian diubah lagi kepada 20 tahun dan disebat sebanyak 10 kali. 

Selepas keluar dari penjara AD Leong memulakan kehidupan yang baharu sehingga menjadi ahli perniagaan yang berjaya. AD Leong banyak dijemput menyampaikan ceramah dalam program pencegahan jenayah beberapa tahun ini lebih-lebih lagi di sekolah-sekolah di Sarawak. 

Baru-baru ini AD Leong berkongsi kehidupannya di Seminar Kehidupan Untuk Kanak-Kanak Sekolah Rendah (Tahun 4-Tahun 6) di St. Anthony, Bintulu. Lebih daripada 200 kanak-kanak di seluruh Bintulu menyertai seminar ini. Igat juga terlibat memberi talk utk seminar ini. 

Kisah Hidup:
AD Leong ketika zaman sekolahnya tidak tahu membaca sehinggalah ke Tingkatan 3. Beliau tidak suka dengan ibu bapanya menyebabkan beliau lebih percaya pada jiran.

“Sebelum ini, saya ditemani oleh ramai kawan yang berjanji untuk melakukan apa saja. Kita berjanji untuk berkongsi bersama saat gembira dan sedih, tetapi realitinya selepas saya ditangkap polis semua kawan saya menghilangkan diri,” katanya.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana seseorang yang sebelum ini paling beliau benci dan semasa beliau dalam tahanan orang itu kerap kali melawatnya dan berada di sebelahnya, iaitu bapanya sendiri.

Ibunya sanggup menunggu lama berjam-jam untuk berjumpa dengan beliau hampir setiap hari sehinggalah ibunya sakit kanser, rambutnya gugur juga masih lagi melawat AD Leong di penjara.

Ibu dan bapa AD Leong telah meninggal dunia sebelum AD Leong bebas daripada penjara. 

AD Leong mengisahkan kehidupannya di penjara di bilik tahanan yang serba kekurangan. Apa yang lebih penting AD Leong mula membuat keputusan untuk berubah, setiap malam dia berdoa “Our Father” yang pernah diajarkan Sister Ho ketika di sekolah dahulu. Beliau belajar bersungguh-sungguh belajar menulis, membaca & mengira di penjara dari primary 1 sehinggalah memperolehi Dip dalam Design. 

Hargailah ibubapa kita semasa kita masih muda, ketika mereka masih hidup bersama kita, katanya. AD Leong memberi nasihat kepada anak-anak & ibubapa yang hadir agar tidak terjebak dengan najis dadah bahkan jangan sesekali terfikir untuk mencubanya kerana ia sesuatu yang sangat bahaya. Jangan sesekali terfikir bahaya dengan menjual dadah anda akan menjadi kaya.

AD Leong turut membuat demonstrasi hukuman sebat menggunakan rotan dan kotak. Rotan untuk cikgu merotan di sekolah adalah kerana cikgu sayangkan anda, kata beliau kepada anak-anak. Usah kita merasa rotan di penjara. AD Leong juga mengunakan slide power point untuk menunjukkan serba sedikit kehidupan dia dahulu sebelum / semasa menjalani kehidupan di penjara melalui gambar keratan akhar semasa ditangkap, tempat ditangkap, kehidupan penagih dadah, kehidupan di penjara dsb…

Tidak banyak yang Igat dapat kongsikan takut tersalah info lebih-lebih lagi fakta. Igat akan update lagi sekiranya dapat berjumpa sendiri dengan AD leong.

Rujukan akhbar:
Program Pencegahan Jenayah Juvana di Dataran Ilmu SMK Kidurong, 21 April 2010
Program PPDa Peringkat Daerah Miri Anjuran Bersama PPD Miri & SM Sains Miri, 28 April 2010

berwarna biru: Igat masih lagi merujuk Fakta tersebut




logoblog

Thanks for reading AD Leong Bon Huat, Bekas Banduan Dadah Berubah & Berkongsi Hidup

Previous
« Prev Post

2 comments:

Anonymous said...

bagaimana cara untuk menjemput beliau?
ada no tel dia x?

Anonymous said...

Tulis surat rasmi kepada ex-community AD Leong Bon Huat Faks No:086-8339104 atau HP No: 019-825 9104.