Wednesday, June 06, 2012

Dua Pelajar Sarawak Menang Pertandingan Kuiz Asean

  NR       Wednesday, June 06, 2012

BRANDON Ling Kie Chai (tengah), Emilia Muhd. Arif Stephen (kiri) dan Nabil Ersyad Noor Eddie Putera bersama hadiah di Wisma Radio Angkasapuri, semalam.

KUCHING: Brandon Ling Kie Chai dan Emilia Muhd Arif Stephen dari Sarawak muncul johan dan naib johan dalam Pertandingan Kuiz Asean yang telah berlangsung di Auditorium Besar RTM Angkasapuri Kuala Lumpur, kelmarin.

Kedua-duanya ialah pelajar Tingkatan 5 (Sains) SMK Methodist Sibu.

Sementara tempat ketiga, Nabil Ersyad Mohd Noor Eddie Putera daripada SMK Sultan Alam Shah, Putrajaya.

Pemenang sagu hati, Kimberly Rose Yu-Zhu Guo daripada SMK Yu Hua, Kajang, Selangor Darul Ehsan dan Sharveenie Rajiswaran daripada SMK Sultan Ismail, Johor Bahru.

Lima pelajar sekolah menengah layak ke pusingan akhir Pertandingan Kuiz Asean anjuran Kementerian Penerangan Malaysia.

Sebelum ini seramai 15 pelajar telah bersaing pada pusing separuh akhir yang diadakan di Kompleks KPKK di Putrajaya pada 28 Mei 2012.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan Datuk Joseph Salang Gandum.

Turut hadir Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Tarmizi Hashim.

Johan  menerima hadiah wang tunai RM2,500, naib johan RM1,500 dan ketiga RM1,000, trofi dan sijil, dua sagu hati pusingan akhir RM750 setiap seorang sementara baki 10 yang tidak berjaya ke pusing akhir menerima wang tunai sagu hati RM300 setiap seorang, trofi dan sijil penyertaan.

Brandon, Emilia dan Nabil akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa di Kemboja pada Ogos akan datang.

- UB

Berita Berkaitan: Utusan
logoblog

Thanks for reading Dua Pelajar Sarawak Menang Pertandingan Kuiz Asean

Previous
« Prev Post