Wednesday, June 27, 2012

Giatmara Bantu Capai Impian Sarawak Lahir Ramai Tenaga Kerja Separuh Mahir & Mahir

  NR       Wednesday, June 27, 2012


KUCHING, 27 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak yakin Giatmara dapat membantu merealisasikan matlamat untuk melatih lebih ramai tenaga kerja separuh mahir dan mahir dalam pelbagai bidang khasnya teknikal.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datuk Len Talif Salleh berkata usaha membangunkan modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi amat diutamakan dalam memacu pembangunan Sarawak khasnya di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

"Saya yakin Giatmara mampu untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja bukan sahaja separuh mahir malah juga yang mahir dalam menjayakan tranformasi ekonomi rakyat di negeri ini ke tahap berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap pada majlis graduasi 190 pelatih Giatmara Zon Selatan di sini pada Rabu.

Beliau berkata sejak dilancarkan pada 2008 Score kini berjaya menarik 17 projek dengan pelaburan RM24.63 bilion sekaligus memberi 14,471 peluang pekerjaan.

Menjelang tahun 2030 Score mensasarkan untuk menarik pelaburan berjumlah RM334 bilion dan menyediakan 1.5 juta peluang kerja, katanya.

-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Giatmara Bantu Capai Impian Sarawak Lahir Ramai Tenaga Kerja Separuh Mahir & Mahir

Previous
« Prev Post

No comments: