Sunday, June 17, 2012

Guru JHEAINS Jangan Sambil Lewa

  NR       Sunday, June 17, 2012

PAPAR 16 Jun - Tenaga pengajar yang berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) perlu menjadikan kerjaya perguruan sebagai motivasi melahirkan pelajar cemerlang.

Pengarah JHEAINS, Datuk Amri Suratman berkata, gesaan itu sejajar dengan usaha kerajaan agar negara tidak ketandusan generasi muda berpendidikan dan berakhlak mulia.

"Sebagai guru, tanggungjawab mendidik anak bangsa adalah tugas besar dan ia harus dilakukan dengan sebaik mungkin agar anak bangsa kita menjadi insan berilmu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan majlis program Orientasi Guru-Guru Baru JHEAINS 2012 di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 33 guru baru JHEAINS menerima tawaran jawatan guru Gred DG29.
logoblog

Thanks for reading Guru JHEAINS Jangan Sambil Lewa

Previous
« Prev Post

No comments: