Tuesday, June 12, 2012

Guru Kerugian RM10,000 Apabila Rumah Dipecah Masuk

  NR       Tuesday, June 12, 2012

KUCHING: Cuti Gawai tahun ini tidak berakhir dengan baik bagi seorang guru setelah kehilangan harta benda bernilai RM10,000 apabila rumahnya di Sungai Moyan dipecah masuk buat kali kedua dalam tempoh sebulan.

Mangsa yang dalam lingkungn usia 50-an, menyedari kejadian itu sekitar jam 11 malam Sabtu setelah pulang ke rumah daripada bercuti.

Wanita Bidayuh tersebut sebelum itu berada di kampungnya di Serikin untuk menyambut Gawai.

Antara barangan yang didapati hilang adalah komputer riba dan barang kemas.

Laporan polis telah dibuat untuk siasatan lanjut.

-  UB

logoblog

Thanks for reading Guru Kerugian RM10,000 Apabila Rumah Dipecah Masuk

Previous
« Prev Post

No comments: