Monday, June 11, 2012

Jangan Pandang Rendah Taraf UiTM Universiti Tempatan Awam - Rektor

  NR       Monday, June 11, 2012

LAFAZ IKRAR: Wakil mahasiswa mengetuai lafaz ikrar pelajar baharu UiTM Sesi Jun-Oktober 2012 di Kota Samarahan semalam.

KOTA SAMARAHAN: Golongan mahasiswa diingatkan supaya tidak memandang rendah taraf Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai sebuah universiti awam tempatan di negara ini. Rektor UiTM Sarawak Prof Datuk Dr Jamil Hamali berkata, agenda UiTM berbeza dengan universiti-universiti awam yang ada di negara ini.

Agenda UiTM, katanya, ialah memberi peluang pendidikan kepada Bumiputera dan pada masa yang sama, menekankan aspek pendidikan yang bermutu tinggi setaraf dengan universiti antarabangsa.

“Persaingan untuk menem­patkan diri dalam UiTM adalah sengit dan anda yang terpilih hari ini (semalam) adalah dalam kalangan yang bertuah.

“Justeru, besar harapan kami warga UiTM untuk melihat anda semua menggunakan peluang yang telah diberikan ini dengan sebaiknya kerana anda telah men­dapat tempat di universiti terbaik di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Destinasi Siswa Sesi Jun-Oktober 2012 bertempat di Dewan Jubli, UiTM Kampus Samarahan di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Rektor Akademik Prof Madya Dr Rosita Suhaimi, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Wan Akil Tuanku Abdullah dan Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri Prof Madya Dr Rasidah Mahdi.

Bercakap mengenai majlis itu, katanya, seramai 1,227 orang ma­hasiswa baharu telah mendaftar di UiTM Sarawak bagi sesi pengajian Jun-Oktober 2012.

Bertemakan Mahasiswa Aspirasi Perpaduan Bangsa, Minggu Desti­nasi Siswa kali ini turut disertakan dengan malam bakat UiTM buat julung kalinya.

Jamali dalam ucapannya turut menasihati mahasiswa yang telah dipilih memasuki UiTM agar belajar bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri serta keluarga.

- UB
logoblog

Thanks for reading Jangan Pandang Rendah Taraf UiTM Universiti Tempatan Awam - Rektor

Previous
« Prev Post

No comments: