Monday, June 11, 2012

Kem PLKN Bumimas Di Sibu Antara Terbaik Di Malaysia

  NR       Monday, June 11, 2012

SIBU, 10 Jun (Bernama)-- Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bumimas Sibu yang siap dibina tahun lepas dengan kos melebihi RM10 juta adalah antara Kem PLKN terbaik daripada segi kemudahan infrastrukur di negara ini.

"Saya telah pergi ke semua 87 Kem PLKN seluruh negara, kem ini adalah antara yang terbaik", kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad dalam ucapannya semasa melawat kem itu Sabtu.

Katanya pengusaha kem sanggup menyediakan banyak kemudahan infrastruktur berbanding yang ditetapkan kementerian termasuk kolam renang untuk keselesaan para pelatih.

Beliau berkata, kalau ada mana-mana pengusaha kem PLKN di seluruh negara sanggup menyediakan kemudahan infrastruktur sepertimana yang disediakan Kem PLKN Bumimas, pihaknya amat mengalu-alukan.

"Memang dalam jangka panjang kita nak pastikan semua Kem PLKN memenuhi piawaian yang macam ini", katanya dan menurutnya untuk mengelakkan pengusaha kem PLKN menanggung beban berikutan kos pelaburan tinggi, ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Kem PLKN Bumimas Di Sibu Antara Terbaik Di Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments: