Wednesday, June 27, 2012

KM Sarawak Minta Pengetua Sekolah Susun Strategi Untuk Beralih Ke Pendidikan Teknikal

  NR       Wednesday, June 27, 2012

MUKAH (Sarawak), 25 Jun (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meminta guru besar dan pengetua sekolah mengadakan perbincangan bagi menyusun strategi ke arah melaksanakan pendidikan teknikal di negeri ini berikutan pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

Sejajar dengan itu, beliau mencadangkan agar Majlis Guru Besar dan Majlis Pengetua Sekolah bermesyuarat untuk merangka strategi berkenaan memandangkan sebahagian besar peluang pekerjaan pada masa akan datang memerlukan kelayakan dalam bidang teknikal.

"Kita perlu berhijrah ke pendidikan teknikal, bermula dengan peringkat sekolah menengah. Saya percaya ini dapat dicapai dalam tempoh 10 tahun daripada sekarang, tapi beberapa usaha perlu dilakukan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Persidangan Pengurusan Pendidikan Sekolah Menengah Sarawak Ke-47 di sini.

Kata beliau kerajaan negeri bersedia menaja mesyuarat itu.

Taib berkata di pihak kerajaan negeri, usaha telah dilaksanakan untuk mengembleng para pemimpin bagi mempelopori transformasi itu.

-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading KM Sarawak Minta Pengetua Sekolah Susun Strategi Untuk Beralih Ke Pendidikan Teknikal

Previous
« Prev Post

No comments: