Tuesday, June 12, 2012

Konsert Tadika Berdikari Berjaya

  NR       Tuesday, June 12, 2012

Dr Toyad sedang menerima cenderamata daripada Sarah 

Tetamu-tetamu bersama  Dr  Toyad melepaskan konfeti untuk merasmikan concert amal itu.

MUKAH: Sebuah Konsert  Kanak-Kanak telah diadakan dengan jayanya di Dewan Suarah Mesra Mukah, pada malam Sabtu lalu.

Ia adalah anjuran sebuah tadika yang kian mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan, Tadika Berdikari Mukah.

Konsert yang menampilkan nyanyian dan tarian itu telah dirasmikan oleh Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Ahli Parlimen Mukah.

Dalam ucapan beliau pada majlis tersebut, Dr Toyad menyatakan bahawa apa jua usaha yang menjurus kepada perpaduan sering mendapat tempat pada masyarakat mazmuk seperti di Mukah ini.

“Justeru itu  kerajaan sentiasa berdiri dibelakang dan menggalakan apa juga yang dilakukan menjurus ke arah itu. Seperti mana yang kita sedia maklum, perpaduan dikalangan penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan status sosial adalah tunjang kepada kemakmuran, keharmonian dan keamanaan yang kita nikmati semenjak merdeka  hingga ke hari ini, ” katanya.

Beliau berkata demikian kerana kanak-kanak yang berlajar di tadika tersebut terdiri daripada berbilang kaum dan agama, mahupun kedudukan di dalam masyarakat.

“Saya amat kagum dengan tadika ini, walaupun ia di kendalikan oleh sebuah organisasi gereja, namun ia telah menempatkan  kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang samaada kaum, agama mahupun status sosial,” katanya.

Dr Toyad menganggapkan ia sebagai terjemahan yang amat semporna dengan Konsep 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, katanya lagi, perpaduan adalah merupakan tunjang kepada dasar-dasar kerajaan yang sediaada, maka adalah wajar untuk kita memberi sokongan padu kepada kerajan Barisan Nasional untuk terus memimpin negeri dan Negara kita.

Adalah difahamkan tadika tersebut mempunyai utazah yang akan meminpin kanak-kanak beragama Islam, dan gurubesarnya, Sarah Lau King Toh, bagi mereka yang beragama Kristian.

Sementara itu, pada ucapan aluannya, Lau juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Toyad di atas sokongannya terhadap tadika tersebut.

Tadika yang berlokasi di Taman Indah 2 Mukah itu mempunyai seramai 120 kanak-kanak, iaitu 70 bagi sesi pagi dan 50 bagi sesi petang.

Ia mempunyai sembilan orang tenaga pengajar serta pembantu dan pembelajaran & pengajaran yang berkonsepkan `Fun Learning’ dan menitik beratkan bakat-bakat serta potensi kanak-kanak, ramai ibubapa telah memilih untuk mengantarkan anak-anak mereka ke sana.

Pada majlis tersebut, Dr Toyad juga menyampaikan geran sebanyak RM10,000 dan sumbangan peribadi RM5,000 kepada tadika Berdikari itu.

Juga hadir pada konsert amal itu ialah Penghulu Ting Kee Kuan, Kapitan Tay Aik Seng, ahli-ahli  lembaga tadika, Ibubapa dan guru-guru.

- SU
logoblog

Thanks for reading Konsert Tadika Berdikari Berjaya

Previous
« Prev Post

No comments: