Friday, June 15, 2012

KPT mahu popular sukan bola keranjang kepada semua kaum

  NR       Friday, June 15, 2012

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi yakin penglibatan masyarakat bukan Cina dalam sukan bola keranjang, terutama dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), akan meningkat dalam beberapa tahun akan datang.
   
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata ini berikutan usaha kerajaan melantik Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai pusat sukan bola keranjang yang bertanggungjawab mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar IPT.
   
"Tidak dinafikan sukan bola keranjang adalah sukan yang disertai majoritinya oleh kaum Cina, tetapi sebenarnya sukan ini telah bertambah harmoni (daripada segi penyertaan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan liga bola keranjang kolej universiti (UCBL) 2012 di sini, hari ini.
   
Saifuddin menarik perhatian bahawa Persatuan Bola Keranjang Malaysia mempunyai sebuah jawatankuasa untuk mempromosi sukan itu dalam kalangan bukan Cina, malah skuad kebangsaan bola keranjang wanita juga mempunyai pemain Melayu.
   
Dua puluh lima universiti dan kolej mengesahkan penyertaan dalam kejohananitu yang dibahagikan kepada zon tengah, zon pantai timur dan zon utara yang berlangsung di tiga lokasi mulai 16 Jun hingga September.
   
Ia menyaksikan penyertaan 25 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita. Pertandingan bagi pasukan wanita hanya dianjurkan di zon tengah sahaja bermula September.
   
Saifuddin berharap UCBL akan melahirkan satu pasukan kuat untuk mewakili negara ke Sukan Universiti Asean ke-16 di Laos hujung tahun ini.
   
UCBL 2012 dianjurkan di Hoops Station USJ, Subang Jaya; Stadium Komtar di Pulau Pinang; dan UMP di Pahang dengan perlawanan akhir dijangka berlangsung di Stadium MABA di sini.
- Bernama, 14 Jun
logoblog

Thanks for reading KPT mahu popular sukan bola keranjang kepada semua kaum

Previous
« Prev Post

No comments: