Monday, June 11, 2012

Kursus Asas Boling di Unimas, 22-24 Jun 2012

  NR       Monday, June 11, 2012
KUCHING: Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak dengan kerjasama pusat boling Crystal Bowl akan menganjurkan kursus asas boling di Unimas pada 22-24 Jun ini.

Kursus akan dikendalikan oleh jurulatih terkemuka dari Kanada iaitu Alan Chan.

Chan dilantik oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) pada bulan lepas bagi membantu skuad boling negeri menghadapi Sukma XV yang akan diadakan di Pahang pada 7-16 Julai depan.

Beliau pernah melatih pasukan boling kebangsaan China dari 1998 hingga 2001.

Di bawah kendaliannya, pasukan China berjaya mencipta rekod sebanyak 300 permainan pada Sukan Asia 1998 di Bangkok, Thailand.

Menurut Chan lagi, objektif kursus ini adalah memberi pendedahan kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari sukan boling dengan lebih mendalam.

Selain itu, ia juga memberi peluang serta tip berguna kepada mereka yang berminat menjadi jurulatih boling sepenuh masa.

Yuran penyertaan sebanyak RM300 setiap seorang. Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai kursus tersebut, sila hubungi Jackie Ting di talian 012-8088852.

- UB

logoblog

Thanks for reading Kursus Asas Boling di Unimas, 22-24 Jun 2012

Previous
« Prev Post

No comments: