Friday, June 15, 2012

Noh cabar Abdul Khalid dedah kewangan Unisel

  NR       Friday, June 15, 2012

KUALA SELANGOR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Kerajaan Negeri supaya mendedahkan kedudukan kewangan Universiti Industri Selangor (Unisel) dengan segera.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pihaknya meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan aset Unisel yang bernilai RM30 juta yang mahu dicairkan bagi tujuan untuk membantu pelajar atau menanggung kos kerugian?

“Saya mahu Kerajaan Negeri memberi penjelasan kepada rakyat sama ada aset RM30 juta itu mahu digunakan membantu pelajar atau dirancang lebih awal untuk menanggung kos kerugian Unisel.

“Jadi, bila Abdul Khalid mahu mengumumkan pendedahan aset terbabit sedangkan tiada sumbangan besar dapat dilihat untuk membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Selangor di Stadium Tertutup Daerah Kuala Selangor, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, penganjuran forum mengenai isu air oleh Kerajaan Negeri semalam dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah rizab air terawat yang semakin berkurangan di Selangor.

Beliau berkata, forum sedemikian tidak mampu membawa penyelesaian kepada masalah air terawat di negeri ini selagi Kerajaan Negeri enggan berbincang dengan syarikat-syarikat konsesi air.

“Apakah resolusi (forum) yang dicapai boleh mengatasi masalah air di= Selangor? Sebanyak 129 kilang terpaksa ditangguhkan pembinaannya di negeri ini kerana rizab air terawat di Selangor yang berada pada tahap 2.4 peratus sahaja,” katanya.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai forum masalah air Selangor anjuran kerajaan negeri yang memutuskan menolak pembinaan Loji Langat 2 bagi menyalurkan air mentah dari Pahang, sebaliknya mahu mengkaji cadangan mengguna air bawah tanah dan lombong.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya menyelesaikan masalah penstrukturan industri air Selangor, yang kini menemui jalan buntu berikutan syarikat-syarikat konsesi air di Selangor tidak bersetuju dengan tawaran Kerajaan Negeri mengambil alih kepentingan dalam syarikat berkenaan.
logoblog

Thanks for reading Noh cabar Abdul Khalid dedah kewangan Unisel

Previous
« Prev Post

No comments: