Friday, June 15, 2012

Pasangan Suami-Isteri Penuntut UTM Menang Pertandingan Rekacipta Pelajar Bentley 2012

  NR       Friday, June 15, 2012

UZNIR dan Suhaibah memegang trofi yang dimenangi dalam Pertandingan Rekacipta Pelajar Bentley 2012 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 12 Jun - Pasangan suami isteri dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengharumkan nama negara apabila berjaya mengalahkan lebih 100 penuntut dari universiti seluruh dunia pada Pertandingan Rekacipta Pelajar Bentley 2012.

Mohd. Uznir Ujang, 29, dan Suhaibah Azri, 27, masing-masing menuntut pada peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah memenangi kategori kaedah penyelesaian unik menggunakan bantuan Sistem Maklumat Geografi (GIS).

Pasangan itu mencipta kaedah 3D Geospatial Database untuk saluran paip bawah tanah bagi mengetahui kedudukan paip secara lebih tepat menggunakan kaedah tiga dimensi (3D) dengan gabungan GIS, yang dianjurkan syarikat perisian terkemuka dunia.

Menurut Mohd. Uznir, penggunaan kaedah itu dapat mengesan dan menguruskan paip bawah tanah dengan tepat bagi tujuan penyelenggaraan tanpa membabitkan kerosakan pada paip lain yang mungkin ditanam di kawasan sama.

Katanya, rekaan tersebut dihasilkan selepas kajiannya dan isteri mendapati beberapa syarikat utiliti sering menghadapi masalah untuk mengesan kedudukan paip bawah tanah mereka secara tepat.

''Sehubungan itu, kami mengumpul data dari syarikat terbabit dengan bantuan perisian hingga kaedah pengurusan saluran paip bawah tanah dalam persekitaran 3D ini berjaya dihasilkan.

''Tidak sangka pula rekaan kami ini akan memenangi Pertandingan Rekacipta Pelajar Bentley kerana ia mendapat penyertaan pelbagai universiti dan pusat pengajian tinggi terkemuka dari seluruh negara," katanya kepada pemberita pada majlis khas penyampaian hadiah di UTM Skudai baru-baru ini.

Majlis penyampaian hadiah berupa wang tunai RM6,000 dan trofi disampaikan oleh Pengarah Penyelesaian Industri Bentley, John Taylor dan dihadiri Dekan Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah UTM, Prof. Dr. Alias Abdul Rahman dan Pengarah Akademik Bentley System (Singapura), Ivy Branson.

Sementara itu, Mohd Uznir, berkata reka cipta mereka itu akan dipatenkan untuk membolehkan ia digunakan secara meluas bagi membantu syarikat utiliti menyelesaikan masalah mengesan saluran paip atau kabel bawah tanah secara tepat.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Pasangan Suami-Isteri Penuntut UTM Menang Pertandingan Rekacipta Pelajar Bentley 2012

Previous
« Prev Post

No comments: