Wednesday, June 06, 2012

Pendidik Mahu Terlibat Politik Diingat Berpegang Kepada Etika Keguruan

  NR       Wednesday, June 06, 2012

KUCHING: Warga pendidik yang mahu terlibat dalam bidang politik diingatkan agar berpegang teguh kepada etika keguruan tanpa mengira fahaman dan pegangan politik mereka.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, meskipun telah diberi kelonggaran untuk melibatkan diri dalam bidang politik, mereka harus ingat bahawa mereka adalah seorang profesional.

“Kelonggaran itu memang diberikan untuk melibatkan diri dalam politik tetapi mesti memohon kebenaran daripada pihak kementerian terlebih dahulu.

“Dalam pada itu warga pendidik harus ingat bahawa mereka adalah seorang profesional yang wajib berpe-gang teguh kepada etika keguruan tidak kira fahaman dan pegangan politik mereka,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Fatimah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman ahli Parti Pekerja Sarawak (SWP) dalam akhbar semalam yang turut membabitkan Presiden Kesatuan Guru Sarawak William Ghani Bina sebagai Naib Presiden Kanan SWP.

Pengumuman itu dibuat Penasihat Belia di Pejabat Ketua Menteri Larry Sng selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pertama SWP di sebuah hotel terkemuka di Sibu pada Isnin lalu, yang turut mengesahkan beliau sebagai Presiden SWP.

Selain Larry seramai 20 ahli Majlis Tertinggi SWP telah dipilih sementara 16 lagi akan diumumkan kemudian.

Antara mereka yang dipilih ADUN Pelagus George Lagong sebagai Timbalan Presiden dan Josephine Randan Mawat serta William Ghani sebagai Naib Presiden Kanan.

- UB, 30 Mei
logoblog

Thanks for reading Pendidik Mahu Terlibat Politik Diingat Berpegang Kepada Etika Keguruan

Previous
« Prev Post

No comments: