Monday, June 11, 2012

Pensyarah UiTM Sarawak, Dr. Melvern Abdullah Dinobatkan Mr Sarawak 2012

  NR       Monday, June 11, 2012

KUCHING: Melvern Abdullah dari Kuching memenangi anugerah juara antara juara, sekali gus melayakkan dirinya dinobatkan selaku Mr Sarawak 2012 pada kejohanan bina badan peringkat negeri di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini malam kelmarin.

Pilihan utama Mohd Azizul Ghani pula memenangi Anugerah Penampilan Terbaik selepas menjuarai kategori welterweight.

Pemenang-pemenang lain ialah Hairol Tarmizi yang mengungguli kategori middleweight, Sharafuddin Samuri (light middleweight), Densi Punya (bantamweight) dan Arini Marzuki (flyweight).

“Malam ini, semua pemenang dalam kategori masing-masing akan mewakili negeri untuk bersaing merebut kejuaraan Mr Malaysia yang akan diadakan pada 12 hingga 14 Julai di Sabah,” kata Presiden Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA), Dato Wee Hong Seng.

Sementara itu, Kuching muncul juara keseluruhan selepas badang-badangnya memenangi tujuh daripada lapan kategori yang dipertandingkan malam kelmarin.

Hanya kategori novis bawah 70 kilogram yang dimenangi atlet luar Kuching iaitu Mohd Faisal dari Miri.

- UB
logoblog

Thanks for reading Pensyarah UiTM Sarawak, Dr. Melvern Abdullah Dinobatkan Mr Sarawak 2012

Previous
« Prev Post

No comments: