Friday, June 15, 2012

Polis Kenal Pasti Suspek Ke-2 Larikan, Samun Bekas Guru Tadika

  NR       Friday, June 15, 2012

PETALING JAYA - Polis mengenal pasti identiti suspek kedua kes bekas guru tadika yang dilarikan dan disamun sebelum ditinggalkan dengan kecederaan teruk di kepala, di ladang kelapa sawit di Kuala Selangor pada 6 Jun lepas.
   
Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias ia susulan siasatan berhubung gambar suspek yang diambil daripada kamera litar tertutup di sebuah stesen minyak.
   
"Kita sudah mengenal pasti suspek kedua dan tempat tinggalnya juga sudah dikesan," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini, hari ini.
   
Polis menahan suspek pertama berumur 48 tahun di Taman Mas, Falim, Ipoh, Sabtu lepas.
   
Teoh Soo Kim, 51, dilaporkan hilang oleh suaminya setelah keluar daripada rumah di Bandar Kinrara, Puchong untuk berjoging dan mengambil anak seorang kawan untuk dijaga.
   
Namun, pada hari kejadian, wanita itu tidak muncul di rumah kawannya untuk mengambil kanak-kanak itu.
   
Siasatan polis mendapati Teoh disamun sebelum dipukul dan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di ladang kelapa sawit berkenaan. Wanita itu kini berada dalam keadaan koma di Hospital Sungai Buloh.
   
Polis mengeluarkan gambar dua suspek yang diambil daripada kamera litar tertutup di stesen minyak berkenaan. - Bernama
logoblog

Thanks for reading Polis Kenal Pasti Suspek Ke-2 Larikan, Samun Bekas Guru Tadika

Previous
« Prev Post

No comments: