Friday, June 15, 2012

Sekolah Seni Kuching Rangkul 'Gold Diploma' International Folk Dance & Song Di AS

  NR       Friday, June 15, 2012

BANGGA: Shuli (kanan, empat belakang) dan Liwan (berdiri, tiga kiri) bersama rombongan pasukan Sekolah Seni Kuching meraikan kejayaan sebaik tiba di LTAK, malam kelmarin.

KUCHING: Sekolah Seni Kuching melakar sejarah buat Malaysia di persada dunia menerusi keunikan kebudayaan suku kaum di Sarawak dan Sabah apabila buat pertama kalinya merangkul Gold Diploma pada International Folk Dance and Song di Batumi, Georgia, Amerika Syarikat.

Kejayaan itu adalah hasil kemenangan mutlak pasukan Sekolah Seni Kuching yang disertai 12 pelajar Tingkatan Empat (enam lelaki dan enam perempuan) melalui persembahan tarian suku kaum Murut, Sabah ‘Mangunatip’ dan muzi-kal menggunakan sape serta jatung utang sambil diiringi nyanyian lagu Orang Ulu ‘Liling’ dan lagu masya-rakat Bidayuh ‘Bang Kidibang Bulem’.

“Ini adalah satu usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dalam meningkatkan lagi seni kebudayaan kita di peta dunia.

“Kejayaan ini amat membanggakan,” kata Pengetua Sekolah Seni Kuching Dr Sluhi Lamat yang ditemu bual ketika menyambut ketibaan rombongan pelajar Sekolah Seni Kuching dari Batumi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, malam kelmarin.

Turut hadir ialah Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang.

International Folk Dance and Song yang berlangsung dari 6 hingga 11 Jun lepas disertai oleh Poland, Turki, Rusia, Georgia dan Malaysia.

Menurut Sluhi, pencapaian ter-sebut merupakan kejayaan kedua yang dirangkul oleh Sekolah Seni Kuching di peringkat antarabangsa.

Katanya kejayaan pertama di-perolehi pada tahun lepas dengan memenangi Silver Diploma di St Petersburg, Rusia menerusi per-sembahan tarian dan nyanyian suku kaum Iban.

Mengulas mengenai persediaan di Batumi, Sluhi berkata pasukannya hanya menjalani latihan selama dua bulan.

“Kami juga mendapat bantuan dan sokongan daripada pihak lain, misalnya kami berhubung dengan beberapa pakar dalam permainan sape dan tarian Murut.

“Selain itu, kami juga mempu-nyai guru-guru yang berkebolehan dalam bidang tertentu sama ada ta-rian atau muzik,” katanya.

Berhubung perkembangan lain, Sluhi berkata seramai 75 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Seni Kuching akan berkunjung ke Universiti Malaya pada 18 hingga 24 Jun ini bagi mempersembahkan muzikal teater berjudul ‘Santubong Kasih Yang Tak Kesampaian’.

- UB
logoblog

Thanks for reading Sekolah Seni Kuching Rangkul 'Gold Diploma' International Folk Dance & Song Di AS

Previous
« Prev Post

No comments: