Friday, June 15, 2012

3 Penyamun Pecah Masuk SJKC Hang Min Ikat 9 Pekerja Sekolah

  NR       Friday, June 15, 2012
Sembilan pekerja sekolah diikat dalam kejadian pecah masuk
SJKC Han Ming awal pagi, semalam.

PUCHONG – Bagaikan mempunyai perancangan teliti, tiga lelaki nekad mengikat sembilan pekerja sekolah termasuk seorang pengusaha kantin selepas memecah masuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Han Ming, Batu 14, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, sebuah peti besi berisi wang tunai sebanyak RM30,000, dua buah kenderaan, sebuah lori membawa surat khabar dan kereta jenis Toyota Camry milik pengusaha kantin turut dilarikan tiga penyamun terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, kejadian berlaku antara jam 2 hingga 4 pagi ketika kawasan sekolah hanya dikawal dua pengawal keselamatan.

Menurutnya, tiga lelaki bersenjatakan parang dan objek menyerupai pistol memecah masuk kawasan sekolah dan mengikat dua pengawal keselamatan yang bertugas.

Katanya, suspek yang berkawal di dalam sekolah kemudian mengikat tujuh lagi pekerja termasuk pengusaha kantin yang datang beberapa jam selepas itu.

“Dalam tempoh empat jam, suspek mengikat sembilan pekerja yang masuk ke kawasan sekolah untuk memulakan tugas mereka termasuk beberapa pekerja penyelenggaraan.

“Suspek kemudian memasuki pejabat sekolah dan membawa lari sebuah peti besi yang mengandungi wang tunai sebanyak RM30,000,” katanya.

Ah Chua berkata, tidak cukup dengan hasil wang tunai diperoleh, suspek memakai topeng muka turut membawa lari sebuah kereta dan sebuah lori yang membawa surat khabar.

- SH
logoblog

Thanks for reading 3 Penyamun Pecah Masuk SJKC Hang Min Ikat 9 Pekerja Sekolah

Previous
« Prev Post

No comments: