Wednesday, June 13, 2012

SWP Akan Bawa Tabung Pendidikan Larry Sng Ke Selangau Jika Menang PRU13

  NR       Wednesday, June 13, 2012

BINTULU: Parti Pekerja Sarawak (SWP) berjanji akan membawa Tabung Pendidikan Larry Sng ke Selangau sekiranya parti berkenaan menang di kawasan Parlimen P214 Selangau dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, jelas Presiden-nya Larry Sng Wei Shien.

Katanya, setakat ini tabung pendidikan berkenaan telah membantu kira-kira 800 pelajar dari bahagian Kapit yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi sama ada peringkat diploma/matrikulasi atau ijazah di negara ini, dengan setiap pelajar menerima bantuan sebanyak RM500.

“Sejak ditubuhkan pada 2001, tabung pendidikan ini telah banyak membantu pelajar dari kawasan Kapit yang terdiri daripada pelbagai bangsa serta latar belakang berbeza dan sekiranya kawasan Parlimen P214 Selangau dikuasai SWP, pelajar yang layak akan menerima bantuan sama sebagaimana yang dilaksanakan di Kapit pada masa sekarang,” tegasnya.

Larry berkata demikian semasa berucap dalam sesi lawatan dan suai kenal bersama penduduk di Rumah Clement Sipang di Kilometer 5 Jalan Bintulu Tatau di sini Ahad lepas.

Majlis terbabit dihadiri kira-kira 200 penduduk Rumah Clement termasuk 26 tuai rumah di kawasan Selangau.

Sambil menyifatkan SWP amat menekankan soal pendidikan, Larry memberi jaminan bahawa soal pendidikan akan sentiasa menjadi keutamaan perjuangan parti bagi mempertingkatkan taraf hidup penduduk di Selangau dan kawasan pedalaman lain di negeri ini.

Dalam pada itu jelasnya, SWP yang amat mementingkan kebajikan ahlinya bakal memberi skim perlindungan insurans kepada ahli baharu yang mendaftar menjadi ahli SWP.

Katanya, insurans terbabit merangkumi bayaran pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap ahli parti yang meninggal dunia atau terlibat dalam kemalangan dan bayaran bil hospital bagi ahli yang dimasukkan ke wad hospital.

Larry menambah, SWP yang mesra Barisan Nasional (BN) akan meneruskan sokongan terhadap kerajaan memerintah itu dan tidak akan bertanding di mana-mana kawasan Parlimen yang dikuasai oleh parti politik lain selain Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Sebaliknya, SWP hanya akan bertanding di enam kawasan Parlimen iaitu Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Hulu Rejang dan Selangau yang ke-semuanya dikuasai PRS.

Timbalan Presiden SWP me-rangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus George Lagong, Naib Presiden SWP Munan Laja dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) WSP Alexson Ludan dan Kayak Ansi antara yang hadir dalam majlis berkenaan.

- UB, 12 Jun
logoblog

Thanks for reading SWP Akan Bawa Tabung Pendidikan Larry Sng Ke Selangau Jika Menang PRU13

Previous
« Prev Post

No comments: