Wednesday, June 27, 2012

Unimas Sedia Komersialkan Kajian Saintifik Rawatan Air Kilang Sagu

  NR       Wednesday, June 27, 2012

KOTA SAMARAHAN, 25 Jun (Bernama) -- Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bersedia untuk mengkomersialkan hasil kajian rawatan air dari kilang sagu yang mendapat anugerah CEO terbaik dalam pertandingan ECOPRENEUR 2012 di Mongolia minggu lalu.

Naib canselornya Prof Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata melalui pengiktirafan tersebut, UNIMAS bersedia untuk bekerjasama dengan pihak industri terbabit dalam memastikan kualiti alam sekitar di Sarawak kekal bersih dan bebas daripada pencemaran.

"UNIMAS sebenarnya telah banyak membuat kajian-kajian saintifik berkenaan langkah menjaga alam sekitar dan yang terbaru ialah hasil kajian rawatan air dari kilang sagu yang akan kita komersialkan untuk faedah industri sagu di Sarawak," katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Beliau berkata selain kajian rawatan air dari kilang sagu, Unimas juga akan melanjutkan kajian tersebut ke atas kilang sawit tentang kaedah terbaik merawat air kumbahan sebelum ia dilepaskan ke persekitaran semulajadi.

Menurutnya, Unimas kini juga sedang dalam proses kajian untuk menghasilkan formula bagi mengatasi masalah tumpahan minyak di laut melalui kaedah mendapan ataupun menggunakan bakteria sebagaimana yang pernah dilakukan pada air tawar.

-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Unimas Sedia Komersialkan Kajian Saintifik Rawatan Air Kilang Sagu

Previous
« Prev Post

No comments: