Wednesday, July 11, 2012

200 Pelajar Cemerlang India Muslim Dakwa Gagal ke IPTA, Matrikulasi

  NR       Wednesday, July 11, 2012
KUALA LUMPUR 26 Jun - Kira-kira 200 pelajar cemerlang India Muslim lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendakwa gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan matrikulasi.

Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, lebih menyedihkan rayuan dibuat semua pelajar terbabit telah ditolak Unit Pusat Universiti (UPU) Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini.

Dalam masa sama tambah beliau, tiada sebarang alasan yang dikemukakan oleh pihak UPU ke atas penolakan rayuan tersebut.

''Isu ini tiada kesudahan memandangkan masalah penempatan pelajar India Muslim di IPTA dan kolej matrikulasi telah berlaku sebelum ini, namun ia diselesaikan selepas dibawa ke pihak atasan.

''Bagaimanapun selepas diketengahkan, hanya sebahagian para pelajar berjaya mendapat tempat manakala selebihnya tidak berjaya,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Syed Ibrahim berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada sidang Dewan Negara lalu, kuota kaum India Muslim adalah termasuk dalam masyarakat India.

Ujar beliau, walaupun kerajaan telah meluluskan tambahan tempat untuk kaum India sebanyak 500 lagi daripada 1,000 tempat sebelum ini, tetapi bilangan yang diterima oleh India Muslim tidak mencerminkan komposisi sebenar.

Sehubungan itu katanya, Kimma memohon supaya kerajaan memperuntukkan kuota penempatan di IPTA dan matrikulasi bagi masyarakat India Muslim.

- SH
logoblog

Thanks for reading 200 Pelajar Cemerlang India Muslim Dakwa Gagal ke IPTA, Matrikulasi

Previous
« Prev Post

No comments: