Tuesday, July 10, 2012

21 orang sertai Kursus CIDB di Kuching Park Hotel

  NR       Tuesday, July 10, 2012

UNTUK ALBUM...Mashan (duduk tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama para peserta ketika berlangsungnya kursus terbabit di Kuching baru-baru ini.

SRI AMAN, Sabtu (30 Jun) – Sejumlah 21 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor CIDB yang berlangsung di  Kuching Park Hotel, Kuching bermula 25 hingga 28 Jun lepas.

Pengarah Urusan M-arcorp Enterprise Sendirian Berhad, Mashan Haji Ahmad Rais menerusi siaran media kepada Utusan Sarawak hari ini memberitahu para peserta ini terdiri daripada para kontraktor atau mereka yang baru mahu berdaftar dengan CIDB.

“Kursus pengurusan ini adalah merupakan salah satu cara bagi setiap kontraktor mengumpul mata “Contractor Continous Development” (CCD) bagi tujuan pembaharuan mulai tahun 2012.

“Ia juga bertujuan menambah pengetahuan dan tahap professionalisme kontraktor dalam bidang bisnes disamping untuk meninggikan tahap keyakinan umum terhadap kebolehan serta kompetensi kontraktor tempatan dari masa ke semasa,” katanya.

Selain itu antara kandungan yang terdapat di dalam kursus ini katanya adalah Jaringan Perniagaan, Teknologi Komunikasi Dan Maklumat, Maklumat Pasaran, Profail Syarikat, Analisa Dan Laporan, Membina Hubungan Rakan Dan Niaga serta Asas Simpan Kira.

Kesemua kandungan kursus ini kata Mashan akan memberi faedah dari segi memahami kepentingan jaringan hubungan dalam komuniti bisnes dan pengetahuan dalam Teknologi Maklumat (IT).

“Faedah kursus ini juga termasuklah cara menyediakan profail syarikat, menilai sendiri prestasi dan halatuju bisnes serta memahami dan mengamalkan asas simpan Kira dalam mengendalikan bisnes,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa yuran penyertaan kursus bernilai RM200 akan dikenakan terhadap peserta yang sudah mempunyai Kad Hijau CIDB dengan RM400 dikenakan terhadap mereka yang belum mempunyai kad berkenaan.

“Yuran termasuk bahan kursus dan makan-minum. Pembayaran boleh dibuat kepada CIDB atau M-ARCORP ENTERPRISES SDN BHD menggunakan wang pos, draft bank atau tunai selepas ini

“Mereka yang berminat boleh menghubungi kami di alamat M-arcorp Enterprises Sdn Bhd, Tingkat Dua, Lot 2883, Kampung Tunku, Jalan Astana, Petra Jaya, 93400 Kuching atau menerusi talian  telefon 082–441 601, 082–442 601 (fax), 012 – 8937828 (Liza) dan 016-8731076 (Syifa) untuk pertanyaan lanjut,” katanya.

- Utusan Sarawak Sri Aman
logoblog

Thanks for reading 21 orang sertai Kursus CIDB di Kuching Park Hotel

Previous
« Prev Post

No comments: