Wednesday, July 11, 2012

Bekas Penuntut IPTA Didenda RM1,800 Kerana Berkhalwat

  NR       Wednesday, July 11, 2012

Remaja lelaki dan pasangannya yang dituduh berkhalwat keluar dari kamar bicara selepas perbicaraan selesai sebelum masing-masing menjelaskan denda yang dikenakan.

DUNGUN - Kemeriahan sambutan tahun baru buat tiga remaja bertukar detik hitam apabila mereka dicekup pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat bersama pasangan bukan muhrim dalam sebuah rumah.

Kejadian dua tahun lalu itu juga menjadi pengajaran berharga buat remaja terbabit apabila turut diberhentikan daripada pengajian selepas mereka bertiga mengaku melakukan kesalahan tidak bermoral itu.

Lebih mendukacitakan apabila mereka turut dibawa ke muka pengadilan berikutan kesemua bekas pelajar pusat pengajian tinggi awam itu berjaya disabitkan atas kesalahan dilakukan.

Remaja terbabit, Mohamad Izzul Hafez Amin Jusoh, 18, Nor Azira Che Ngah, 19, dan seorang lagi rakannya, Shahrul Muzammir Salleh @ Abdullah, 18, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah atas satu kesalahan khalwat yang dilakukan pada malam tahun baru dua tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan di dalam ruang bicara mahkamah, ketiga-tiganya ditahan di sebuah rumah di Taman Intan, Mukim Sura pada jam kira-kira 10.30 malam, 31 Disember 2010 lalu.

Ketika ditahan, dua remaja lelaki dan remaja perempuan yang tidak mempunyai hubungan muhrim itu berada di dalam rumah berkenaan sehingga boleh menimbulkan syak wasangka.

Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah selepas mendengar hujah pendakwaan dan rayuan daripada ketiga-tiga tertuduh akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau dua bulan penjara jika gagal berbuat demikian.

Kesemua tertuduh berasal dari Manir dan Besut Terengganu itu menjelaskan denda untuk membolehkan mereka terlepas daripada menjalani hukuman di sebalik tirai besi.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa raya Syarie, Mustafar Hamzah, ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Kesalahan khalwat itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

- SH
logoblog

Thanks for reading Bekas Penuntut IPTA Didenda RM1,800 Kerana Berkhalwat

Previous
« Prev Post

No comments: