Friday, July 06, 2012

Guru bersara ditemui mati berhampiran bilik air

  NR       Friday, July 06, 2012

MELAKA - Seorang pesara guru yang berumur sekitar 70-an ditemui mati dengan kepala berlumuran darah di dalam rumahnya di sebuah taman perumahan di Bukit Katil di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supt Muhammad Koey Abdullah berkata polis menemui mayat tersebut kira-kira 10 pagi, selepas menerima aduan daripada jiran mangsa yang terhidu bau busuk dari rumah itu sejak beberapa hari lalu.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, pintu rumah mangsa didapati tertutup menyebabkan pihak polis terpaksa memecah masuk rumah berkenaan sebelum menjumpai mangsa terbaring di atas lantai berhampiran bilik air," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa yang tinggal berseorangan dipercayai mati kira-kira empat hari lalu akibat pendarahan yang banyak dipercayai selepas terjatuh di dalam bilik air.

Mangsa dipercayai cuba merangkak keluar dari bilik air selepas terjatuh, katanya. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - Bernama
logoblog

Thanks for reading Guru bersara ditemui mati berhampiran bilik air

Previous
« Prev Post

No comments: