Thursday, July 05, 2012

HSL Peroleh Kontrak RM291 Juta Bina Kampus UiTM Mukah

  NR       Thursday, July 05, 2012
Sekadar Hiasan

KUCHING, 5 Julai (Bernama) -- Hock Seng Lee Bhd (HSL), yang memperoleh kontrak bernilai RM291 juta untuk membina kemudahan kampus bagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mukah, dijangka menyiapkan projek itu pada suku ketiga 2015, kata Pengarah Urusan HSL Datuk Paul Yu Chee Hoe, Khamis.

Beliau berkata kontrak baharu itu yang akan dilaksanakan bagi pemegang konsesi KP Mukah Development Sdn Bhd, telah menjadikan nilai projek syarikat yang ada dalam tangan mencecah paras RM2 bilion buat pertama kali.

"Dengan saiz kerja dan kebiasaan kami dengan keadaan tapak dan logistik di Mukah, kami menjangka projek ini akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan bermula tahun ini sehingga ke 2015," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Skop kerja di kampus seluas 64 ekar itu termasuk pengisian pasir, memasang cerucuk, kerja prasarana awam, pelbagai bangunan kampus khusus dan kerja-kerja mekanikal dan elektrik.

"Projek baharu itu menjadikan jumlah nilai kontrak baharu yang diperoleh HSL setakat ini, pada 2012, kepada RM472 juta," katanya.

-- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading HSL Peroleh Kontrak RM291 Juta Bina Kampus UiTM Mukah

Previous
« Prev Post

No comments: