Tuesday, July 17, 2012

NUTP Peroleh Maklum Balas Ahli Pendirian Pelajar dibenar bawa Telefon Bimbit ke Sekolah

  NR       Tuesday, July 17, 2012

KUALA LUMPUR: NUTP menunggu maklum balas daripada ahli-ahlinya berhubung cadangan kerajaan membenarkan penggunaan telefon bimbit kepada pelajar sekolah.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan kebangsaan Malaysia (NUTP) akan menyatakan pendirian rasmi selepas memperoleh maklum balas daripada ahlinya.

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi secara tidak rasmi, ada di kalangan guru-guru yang bersetuju, tidak kurang juga yang berfikir lebih banyak keburukan berhubung cadangan tersebut," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan maklum balas yang diterima nanti, NUTP akan berbincang mengenainya sebelum mengemukakan sebarang tindakan kepada kerajaan.

Semalam, Kementerian Pelajaran dilaporkan dalam usaha merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

Beliau juga dilaporkan berkata para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka.

- Harakah Daily
logoblog

Thanks for reading NUTP Peroleh Maklum Balas Ahli Pendirian Pelajar dibenar bawa Telefon Bimbit ke Sekolah

Previous
« Prev Post

No comments: