Thursday, July 19, 2012

Pelajar Jual Hasil Curi di Sekolah

  NR       Thursday, July 19, 2012

Sahadan (tengah) menunjukkan barangan rampasan selepas menahan pelajar bersama rakan-rakannya yang terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan pecah kedai telefon bimbit.

Muar - Seorang pelajar berusia 14 tahun bersama tiga rakannya ditahan polis kerana memecah masuk sebuah kedai menjual telefon bimbit dekat sini, pada 30 Jun lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Shahadan Jaafar berkata, pelajar terbabit ditahan Sabtu lalu di sebuah rumah di sekitar bandar ini sebelum menahan tiga lagi suspek.

Menurutnya, tiga rakan suspek yang lain, masing-masing berusia lingkungan 20-an bekerja sebagai buruh dan pembantu kedai terlebih dahulu akan mengagih barang curi selepas memecah masuk kedai terlibat.

“Pelajar itu kemudiannya akan menjual pelbagai jenis telefon bimbit serta aksesori yang dicuri kepada rakan-rakan di sekolah dengan harga murah. “Berdasarkan rekod, tiga lagi rakannya dipercayai terbabit dalam beberapa lagi kes  pecah rumah sekitar daerah ini yang menyebabkan kerugian kira-kira RM10,000. “Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah,” katanya pada sidang di Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) Muar, di sini, semalam.

Selain itu, dalam perkembangan sama, Sahadan berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam tiga kes pecah rumah sepanjang minggu lalu. Katanya, suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di bandar ini, kelmarin selepas dipercayai terbabit melakukan dua pecah rumah pada 9 Julai lalu selain satu kes pada 10 Julai.

“Identiti lelaki terbabit diketahui menerusi semakan cap jari yang ditemui di rumah mangsa,” katanya. Katanya, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam pecah rumah.

- SH, 17 Julai
logoblog

Thanks for reading Pelajar Jual Hasil Curi di Sekolah

Previous
« Prev Post

No comments: