Monday, July 30, 2012

Pelajar Kolej Menang Jersi Eksklusif Manchester City


Shasmaidil Adzhar, 21 bergambar bersama maskot Manchester City selepas memenangi pertandingan Website PM 1Malaysia pada sesi latihan sempena Manchester City FC Summer Tour 2012.

PELAJAR kolej swasta dari Kuantan, Shasmaidil Adzhar Mohamad Shah, menjadi pembaca bertuah blog Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, www.1Malaysia.com.my, apabila terpilih memenangi jersi eksklusif Manchester City sempena perlawanan persahabatan antarabangsa pasukan itu dengan skuad Harimau Malaya.

Jersi itu disampaikan bintang Manchester City Carlos Tevez selepas pasukan tersebut menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini.

Manchester City akan bertemu Harimau Malaya di stadium itu pada 9.30 malam esok.

Blog Perdana Menteri turut menawar pemberian tiket berharga RM108 dan RM388 secara percuma kepada pembacanya.

Najib, dalam blognya, berkata beliau percaya sukan adalah satu daripada kuasa paling kuat untuk menyatukan masyarakat tanpa mengira usia, bangsa dan etnik.

"Perpaduan melalui sukan ini boleh disaksikan di Malaysia, dan salah satu perkara terbesar yang menyatukan kita dalam kepelbagaian kita ialah keghairahan untuk bola sepak," katanya.

Perdana Menteri juga melahirkan rasa gembira kerana sebanyak 50,000 keping tiket kini dijual pada harga RM10 iaitu harga yang mampu dimiliki semua. - Bernama, 29 Julai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...