Wednesday, July 18, 2012

Pengurus Pusat Karaoke Didakwa Cabul Pelajar

  NR       Wednesday, July 18, 2012
KUALA LUMPUR 16 Julai - Seorang pengurus pusat karaoke di Sentul di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencabul seorang pelajar perempuan dan memeras ugut rakan pelajar itu pada hujung Mei lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Alexander Augustin, 28, dituduh mencabul mangsa berusia 16 tahun itu di sebuah Pusat Karaoke Song Box, Wangsa Walk Mall, Sentul pada pukul 4.30 petang, 30 Mei lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu memeras ugut rakan lelaki mangsa yang juga berusia 16 tahun supaya menyerahkan kad pengenalan dan telefon bimbit jenama Blackberry kepadanya pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Zuraimi Kamarozzaman di hadapan Majistret Parvin Hameedah Natchiar manakala tertuduh diwakili peguam bela, Fahmi Adilah.

Parvin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan syarat tambahan iaitu tidak mendekati mangsa bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua pula, lelaki itu diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Pengurus Pusat Karaoke Didakwa Cabul Pelajar

Previous
« Prev Post

No comments: