Wednesday, July 11, 2012

Peruntukan Terhad Halangan Jabatan Pengajian Politeknik Selesaikan Masalah Penempatan Pelajar

  NR       Wednesday, July 11, 2012

Mejar (K) Zolkarnain (kiri) sedang menyampaikan cenderahati kepada Md Nor sebagai tanda kenangan selepas majlis perasmian minggu suai kenal di PSMZA, pagi semalam.

DUNGUN – Masalah peruntukan terhad menjadi halangan utama buat Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Kementerian Pengajian Tinggi menyelesaikan masalah penempatan pelajarnya yang turut menjadi isu setempat melibatkan komuniti.

Ketua Pengarah JPP, Mejar (K) Md Nor Yusof berkata, pihaknya berhasrat untuk menambah penempatan untuk keperluan lebih 5,000 pelajar yang sedang menuntut di sini, namun peruntukan kerajaan yang terhad menyebabkan segala usaha berkenaan terpaksa dilakukan secara berperingkat.

Katanya, akibat rungutan daripada pihak politeknik terhadap keperluan tersebut, pihaknya dengan kerjasama syarikat swasta sedang berusaha untuk menambah 10,000 katil yang bakal diagihkan ke semua politeknik di seluruh negara termasuk Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).

“Kita hendak atasi semua memang tak mampu, tapi Mejar (K) Zolkarnain (kiri) sedang menyampaikan cenderahati kepada Md Nor sebagai tanda kenangan selepas majlis perasmian minggu suai kenal di PSMZA, pagi semalam. kita cuba tingkatkan sekitar 30 peratus,

“Keperluan ini seharusnya diberi keutamaan kepada pelajar-pelajar baru yang bakal menginap di kamsis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas merasmikan minggu suai kenal pelajar baru sesi Julai 2012 di dewan utama PSMZA dekat sini, pagi semalam. Hadir sama Pengarah PSMZA, Mejar (K) Zolkarnain Jobshi.

Katanya, penuntut juga tidak boleh selamanya bergantung kepada pihak pengurusan untuk menyediakan segala keperluan penginapan, sebaliknya mereka juga harus dilatih dengan semangat berdikari agar mampu berdaya saing apabila tamat pengajian nanti.

“Pelajar seharusnya didedahkan dengan cabaran hidup, tidak seharusnya dilindungi setiap masa. Jika tidak mereka tidak matang untuk menghadapi cabaran di masa akan datang,” katanya.

- SH
logoblog

Thanks for reading Peruntukan Terhad Halangan Jabatan Pengajian Politeknik Selesaikan Masalah Penempatan Pelajar

Previous
« Prev Post

No comments: