Friday, July 06, 2012

Program pembelajaran bahasa Inggeris Malaysia-Australia

  NR       Friday, July 06, 2012

YOGYAKARTA 5 Julai - Malaysia akan terus mengeratkan kerjasama pendidikan dengan Australia khususnya mewujudkan program pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kerjasama dengan Australia dalam program pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua negara bukan sekadar untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar dalam bahasa berkenaan.

Sebaliknya, apa yang paling utama adalah untuk meningkatkan kemahiran guru-guru bahasa Inggeris sedia ada yang disifatkan Muhyiddin sebagai satu langkah sangat penting untuk kemajuan bidang pendidikan Malaysia.

"Selain menambah guru, kita juga akan mengambil pakar-pakar bahasa Inggeris dari Australia atau menghantar guru-guru kita ke sana untuk menjalani latihan. Semua ini akan kita teroka dan belum diputuskan lagi," kata Muhyiddin kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Tinggi Australia, Christopher Evans sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN (ASED) ke-7, di sini hari ini.

Malaysia pada masa ini memiliki 60,000 guru bahasa Inggeris yang ada dalam sistem persekolahan rendah dan menengah.

Beliau berkata, program dengan Australia itu adalah kesinambungan daripada usaha yang sudah sedia terjalin sebelum ini. - UTUSAN
logoblog

Thanks for reading Program pembelajaran bahasa Inggeris Malaysia-Australia

Previous
« Prev Post

No comments: