Friday, July 13, 2012

Semakan Status Kemasukan Calon Lepasan STPM Ke UTM 2012/2013

  NR       Friday, July 13, 2012
JOHOR BAHARU: Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh menyemak status permohonan mereka mulai jam 12 tengah hari ini.

Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar UTM dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam berkata, calon boleh menyemak status permohonan dan mencetak surat tawaran itu di laman web rasmi iaitu UTM www.jpt.utm.my.

Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari selepas surat tawaran rasmi dikeluarkan dan pengesahan boleh dibuat melalui laman web yang sama.

Menurut kenyataan tersebut, tarikh pendaftaran pelajar baru ke Program Sarjana Muda UTM ialah pada 2 Sept di Kampus UTM, Johor Baharu dan Kampus UTM Kuala Lumpur.

Manakala bagi calon yang tidak berjaya pula mereka boleh membuat rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi dikeluarkan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.

Katanya jika tiada sebarang tawaran yang diterima daripada UTM sehingga 30 September ini, rayuan tersebut dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Unit Kemasukan dan Rekod, Pejabat Pendaftar, UTM melalui e-mail azhara@utm.my, hnoraishah@utm.my, suhaimib@utm.my atau azrulmusa@utm.my.

Pemohon juga boleh menghubungi talian hotline 03-88706767, helpline 03-88706777 atau talian am 03-88706755/6766 atau melawat laman web http://upu.mohe.gov.my, http://jpt.uum.edu.my, http://jpt.unimas.edu.my dan http://jpt.ums.edu.my.

Status permohonan juga boleh diketahui melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT (No. Kad Pengenalan) dan hantarkan ke 15888. 

Untuk sesi kemasukan ekademik 2012/2013 kali ini, UTM turut menawarkan dua kursus pengajian baru iaitu Sarjana Kejuruteraan (Nuklear) dan Sarjana Muda Sains Seni Bina. — Bernama
logoblog

Thanks for reading Semakan Status Kemasukan Calon Lepasan STPM Ke UTM 2012/2013

Previous
« Prev Post

No comments: