Wednesday, July 18, 2012

SK Jalan Bintang anjur trekton untuk kumpul dana

  NR       Wednesday, July 18, 2012

Sebastian memukul gong sebagai simbolik perasmian Trekton Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Jalan Bintang.

JALAN KIPAS, 16 Julai – Kerjasama di kalangan ibu bapa dan guru-guru perlu diteruskan agar setiap masalah atau keperluan di sekolah diselesaikan dengan efisyen.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan sememangnya memberi sokongan kepada ibu bapa dan guru-guru dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik dan kokurikulum.

“Kita bangga dengan usaha yang ditunjukkan pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Bintang dan ibu bapa yang gigih berusaha mengumpul dana bagi tujuan pembinaan dewan serbaguna,” katanya.
Teks ucapan Chin yang juga Ahli Parlimen Miri disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Dato’ Sebastian Ting pada majlis Trekton  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Jalan Bintang.

Menurutnya, sekolah terbabit amat memerlukan sebuah dewan serbaguna untuk aktiviti-aktiviti luar murid-murid seperti perhimpunan, aktiviti kokurikulum, pendidikan jasmani dan sebagainya.
“Malah, keadaan bertambah susah apabila cuaca panas dan hujan. Ini menyukarkan guru-guru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti jasmani bahkan perhimpunan pelajar juga tidak dapat diadakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Chin turut memuji sikap keprihatinan PIBG yang berusaha menganjurkan program trekton semata-mata untuk mengumpul dana mencukupi bagi tujuan membina dewan serbaguna.
Pihak sekolah katanya telah berjaya mengumpul kira-kira RM57,000 untuk tujuan pembinaan dewan terbabit seterusnya beliau mengumumkan dana RM20,000 dari geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Mengulas mengenai program trekton, beliau berkata selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan juga yang melibatkan murid pelbagai kaum adan agama dapat memupuk perpaduan.

“Aspek ini juga sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membina negara bangsa dan membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,” jelasnya.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PIBG SK Jalan Bintang, Abdul Manaf Ismawi, dan Guru Besar SK Jalan Bintang, Wong Siah Mee.

- Miri Today
logoblog

Thanks for reading SK Jalan Bintang anjur trekton untuk kumpul dana

Previous
« Prev Post

No comments: