Wednesday, August 08, 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Hasrat Kerajaan Bantu Pelajar IPT


KUCHING: Pemberian kemudahan oleh kerajaan termasuk Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) kepada pelajar institusi pengajian tinggi memberi impak positif kepada hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada semua.

Samuel
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, kerajaan sejak dahulu menekankan pendidikan kepada rakyat dari sekolah rendah, menengah dan kini peringkat pengajian tinggi.

Menurut beliau melalui bantuan kemudahan termasuk kad diskaun ia memberi manfaat bukan sahaja kepada golongan pelajar itu sendiri tetapi sedikit meringankan bebanan terutama kepada ibu bapa pelajar berpendapatan rendah.

“Jika dibandingkan dengan dahulu, kini lebih banyak lagi kemudahan disediakan oleh kerajaan khasnya kepada pelajar-pelajar kita.

“Ia bukan sahaja merang-kumi diskaun tambang kapal terbang tetapi pinjaman seperti  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), diskaun buku, alat tulis dan sebagainya se-perti Kad Siswa 1Malaysia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Baru-baru ini Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan berita baik kepada golongan pelajar dengan melancarkan KDS1M dengan berobjektif untuk meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.

Selain itu, KDS1M turut diberikan kepada penuntut institusi perguruan (IPG), politeknik, Maktab Kerjasama Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian, di mana mahasiswa bakal menikmati diskaun produk sehingga 60 peratus setelah menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) kelak.

Ia diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya setahun dan ke atas.

Menurut Fatimah, dengan bantuan sedemikian ia membantu golongan siswa membeli keperluan pelajaran mereka dengan percuma.

Beliau dalam pada itu percaya dengan pemberian diskaun secara khusus atau spesifik kepada pelajar ia mampu mengelakkan ia di-salah guna oleh pelajar.

“Melainkan diskaun yang ditawarkan dilaksana secara am ia mungkin boleh terjadi  (salah guna) bagaimanapun ini secara spesifik maka saya percaya ia tidak dapat disalahgunakan,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden Persatuan Anak Sarawak Semenanjung juga Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan 2009/2010 Samuel Sila Mathew Unjah melalui kenyataan akhbar berkata, pemberian kad diskaun kepada mahasiswa telah memberi sinar kepada mahasiswa di seluruh negara terutama perjuangan mendapatkan kad diskaun khas bagi menampung kos pembelajaran.

“Cadangan ini adalah salah satu usul MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) Malaysia ketika Majlis Rundingan Pelajar Kebangsaan di Bangi pada tahun 2010.

“Bagaimanapun saya berharap satu hari nanti Kad Diskaun Khas untuk penerbangan bagi mahasiswa dari Borneo ke Semenanjung Malaysia dan sebaliknya akan dapat direalisasikan kerajaan,” katanya.

Samuel berkata, langkah kerajaan untuk melaksanakan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia khasnya amat bertepatan dan sebagai mahasiswa Sarawak serta seluruh Malaysia amat menyambut baik usaha kerajaan itu.

- UB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...