Thursday, August 09, 2012

Kerajaan komited bangunkan tenaga kerja yang sesuai guna IT


KUCHING: Kerajaan negeri komited membangunkan tenaga kerja yang sesuai dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) untuk kerja-kerja berintensifkan pengetahuan dan kreatif, kata Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing.

Menurut beliau, ia adalah sejajar dengan usaha untuk membangunkan negeri ini menjadi masyarakat dan ekonomi berasaskan pengetahuan, selain  wawasan negara ke arah mencapai masyarakat berpengetahuan.

“Ini memerlukan orang yang terlatih dalam kemahiran IT.

“IT adalah laluan utama untuk pemikiran dan inovasi yang lebih tinggi dan ia juga adalah satu peralatan yang perlu untuk menjadikan masyarakat di luar batasan dunia sebenar.

“Kita tidak perlukan orang yang hanya baik dalam membaca dan menulis tetapi kita juga memerlukan orang yang mempunyai kemahiran IT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ber-ucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Dota, Pesta Kuching di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, kelmarin.

Turut hadir ialah Datuk Bandar MBKS James Chan dan Pemangku Setiausaha MBKS John Lee.
Chan dalam ucapannya turut me-nekankan bahawa penganjuran kejohanan dota tersebut adalah sesuatu yang membawa belia untuk bersama-sama dalam mengembangkan bakat mereka menerusi permainan komputer.

“Walaupun sesetengah orang me-nyatakan bahawa bermain permainan komputer atau permainan online memudaratkan belia kita, tetapi saya merasakan bahawa hujah ini adalah terlalu tertumpu pada satu sudut.

“Terdapat sudut positif dengan membenarkan anak-anak berminat dalam IT dan selain meningkatkan kepentingan dalam permainan komputer, lama-kelamaan akan meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan IT untuk pemba-ngunan peribadi pada masa akan datang,” katanya.

Pertandingan Dota yang dibahagikan kepada dua kategori ‘Dota I’ dan ‘Dota II’ sempena Pesta Kuching anjuran MBKS tahun ini, menyaksikan penyertaan sebanyak 80 pasukan dari seluruh bahagian negeri ini.

- UB, 7/8

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...