Saturday, August 11, 2012

Sarawak Mohon Pelonggaran Dalam Pendidikan Teknikal


KUCHING, 10 Ogos -- Sarawak memohon kepada kerajaan persekutuan satu bentuk pelonggaran untuk membolehkannya merancang pendidikan teknikalnya sendiri, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata Sarawak berdepan keperluan untuk menghasilkan pekerja separa mahir dan mahir dalam jumlah yang besar untuk memenuhi permintaan perindustriannya terutamanya yang dirancang di bawah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score).

"Hakikatnya, kira-kira 52 peratus peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam Score adalah bagi pekerja separa mahir, mahir atau profesional," katanya ketika berucap pada Hari Terbuka 'Road Map' Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 di sini Jumaat.

Beliau berkata Score akan membolehkan Sarawak melonjakkan ekonominya yang dapat memacu penduduk di negeri ini ke arah menikmati pendapatan lebih tinggi.

"Dalam masa 10 tahun dari sekarang, aktiviti hiliran kita akan turut berubah yang memerlukan pekerja kita melengkapkan diri dengan kemahiran yang lebih khusus," katanya.

-- BERNAMA, 10 ogos

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...