Thursday, August 02, 2012

Siswazah UPM Hasil Produk Kulit Mangga Atasi Kekurangan Vitamin A Kanak-Kanak di Kenya


DARI kiri, Mohd. Asraf, Laseken, Chee Hao, Najla Gooda, Tai Boon dan Chang Chew menunjukkan anugerah serta produk vitamin A yang mereka hasilkan di UPM, Serdang semalam.

SERDANG - Sekumpulan enam orang siswazah sarjana Sains dan Doktor Falsafah Pengajian Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini berjaya menghasilkan vitamin A menggunakan isi mangga yang dikeringkan.

Penemuan menggunakan isi mangga yang dinamakan Vit-A-Go itu berjaya meraih anugerah emas pertandingan Developing Solutions for Developing Countries anjuran Persatuan Pelajar Institut Teknologi Makanan (IFTSA) di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat pada 28 Jun lalu.

Ketua kumpulan tersebut, Sew Chang Chew, 25, berkata, projek penyelidikan Vit-A-Go yang dihasilkan daripada produk isi mangga kering itu bertujuan membantu kanak-kanak di Kenya yang berhadapan dengan krisis kekurangan vitamin A.

Menurut beliau, hasil penyelidikan itu berjaya mengetepikan saingan 29 pasukan dari seluruh dunia yang turut menyertai pertandingan tersebut.

"Produk ini dihasilkan melalui penyelidikan selama enam bulan bermula November 2011 hingga Jun lalu. Ia dibangunkan dengan kos pengeluaran yang lebih murah, cepat dan menggunakan teknologi terkini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

- Kosmo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...