Saturday, August 11, 2012

SMK Bandar Bintulu Tempat Ke-3 Pertandingan Memanah Antara Sekolah di Miri



BINTULU: Meskipun mendapat tempat  ketiga, pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintulu tetap memberi saingan sengit dengan mengumpul 22 mata dalam Pertandingan Memanah Antara Sekolah Miri Ke-12 baru-baru ini.

Manakala juara disandang oleh SMK Chung Hua Miri yang mengumpul 30 mata diikuti tempat kedua disandang oleh SMK St Columba Miri dengan 23 mata.

Dalam pertandingan itu kategori lelaki 14 tahun johannya disandang oleh Colin Awan Sagan (355 mata), manakala johan bawah 16 tahun pula ialah Brando Heu Sing Ann (357 mata) diikuti tempat kedua Colin Awan Sagan (348 mata).

Pertandingan itu berlangsung di King’s Archery Sportcentre, Merdeka Mall Miri.

Pengetua SMK Bandar Bintullu Ling Kee Eng berterima kasih kepada semua pihak terutama ibu bapa dan orang awam kerana turut menyokong pihaknya dalam saingan pertandingan itu.

Jurulatih pasukan SMK Bandar Bintulu ialah Ling Leh Mee.


- UB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...