Saturday, September 08, 2012

Pandelela Rinong Pilih Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti Malaya Dalam Bidang Sains Sukan


KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Pandele­la Rinong Pamg akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dalam bidang Sains Sukan dan hanya menunggu surat pengesahan kemasukan ke universiti elit tanah air itu.

Pemenang pingat gangsa Olimpik itu berkata beliau memilih institusi berk­enaan kerana berdekatan dengan pusat latihannya di Bukit Jalil.

“Saya ada masalah ‘transport’. Kalau saya pilih universiti yang lagi jauh dari Bukit Jalil sukar nanti untuk saya berulang-alik (dari tempat latihan). “Lagipun rakan sepasukan Brian (Nickson Lomas) juga belajar di situ,” ka­tanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian jam tangan edisi baru Oris di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir seorang lagi Olimpian negara iaitu atlet berbasikal trek Mohd Azi­zulhasni Awang.

Masing-masing turut menerima hadiah seutas jam tangan jenama tersebut sebagai penghargaan atas kejayaan dan usaha mereka dalam bidang sukan khu­susnya pada temasya Ol­impik baru-baru ini.

Gadis berusia 19 tahun itu turut berharap dapat memanfaatkan bidang pengajian pilihannya un­tuk memberi sumbangan dalm sukan terjun serta mempopularkan lagi su­kan berkenaan pada masa hadapan.

Pandelela berkata buat masa ini beliau tidak mem­punyai komitmen dalam sebarang kejohanan.

“Selepas Olimpik tiada pertandingan jadi jurulatih beri kelonggaran untuk saya menghadiri ‘inter­view’ dan sebagainya,” katanya. — Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...