Sunday, September 09, 2012

Program Latihan Dalam Industri (LDI) dan Program Latihan Peningkatan Kemahiran (LPK)


Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB) ditubuhkan pada 21 Ogos 2007, bertujuan untuk merancang, melaksana dan menyelaras program-program pembangunan keusahawan di Negeri Sarawak. UPUB dipertanggunjgawabkan kepada  Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) Dan Menteri Muda Perancangan Sumber, YB Datuk Haji Mohd Naroden Bin Haji Majais. UPUB telah menetapkan visi, misi, objektif dan strategi untuk merealisasikan matlamat pengwujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Adakah anda…


Usahawan kecil-kecilan dan sederhana, sama ada mempunyai premis atau beroperasi di rumah?

Lepasan siswazah dan pelatih latihan kemahiran yang mempunyai minat tinggi dalam bidang keusahawanan?

Bakal usahawan yang mempunyai projek atau perniagaan yang ingin dijalankan?
Andalah orang yang kami cari untuk menyertai program ini!

Anda boleh tentukan sendiri latihan dalam pelbagai bidang keusahawanan yang anda inginkan!!


Program Latihan Dalam Industri (LDI) dan Program Latihan Peningkatan Kemahiran (LPK)


-     Keutamaan kepada Bumiputera Sarawak

-     Berumur 21 tahun dan ke atas
-     Boleh menulis dan membaca
-     Keutamaan kepada mereka yang mempunyai projek keusahawanan yang akan dijalankan.
-     Kelulusan penyertaan adalah tertakluk kepada UPUB. 


Muat Turun Borang Berikut: 


Pertanyaan Lanjut:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...