Monday, September 03, 2012

Tahniah! Graduan Bachelor of Education (Hons) Unitar 2009 Major Matematik Akan Posting Bulan Ini...



Tahniah diucapkan kepada rakan senior 1st batch Bachelor of Education (Hons) Unitar Pusat Wilayah Sarawak pengkhususan dalam Matematik yang konvo pada tahun 2009 bakal mendapat ‘posting’ di sekolah kerajaan. 

Akhirnya setelah menunggu selama lebih (2) tahun ini anda menunggu jawapan daripada KPM ekoran interview lalu yang ‘tiada jawapan’ akhirnya bulan ini anda mungkin mendapat tempat di sekolah kerajaan. 

Info ini adalah melalui beberapa rakan senior yang akan dijangka mengikuti orentasi pada hari ini iaitu 3 September 2012. 

Kesabaran anda dalam tempoh tersebut pastinya hanya Tuhan mengerti. Namun kepada rakan-rakan ataupun adik-adik yang telah tamat pengajian dan konvo pada tahun 2010 & 2011 mungkin rezeki belum ada, apapun teruskan bersabar, berusaha dan berdoa.

Sebagai blogger yang banyak menulis mengenai isu HALATUJU GRADUAN PENDIDIKAN IPTS. FIGHT FOR UR RIGHT ! saya memohon maaf sekiranya isu yang saya bangkitkan ini mendapat reaksi yang berbeza dengan pandangan anda.

Bagi rakan-rakan yang mengenali sikap saya, mereka pasti tahu. “Kalau saya mahu buat maka saya akan lakukan, jika tidak sebaliknya”. Maka saya memohon maaf sekiranya tindakan saya ini boleh menjejaskan anda sebagai penuntut / graduan ataupun pihak universiti. 

Apapun, saya berharap anda tidaklah perlu menyalahkan saya semata-mata jika anda telah berjaya menjadi guru. Saya bukanlah hanya sekadar menulis di ruangan blog ini seperti yang anda anggap memburukkan institusi ini. 

Saudara/i dan rakan semuanya…

Melalui blog ini saya mengumpul seramai yang mungkin dan mengumpulkan network di facebook agar masyarakat mula memahami masalah anda. Masyarakat dapat membuka minda & berfikiran lebih jauh. Objektif pengajar.info ini terlalu besar pada diri saya, bukan untuk bersungguh-sungguh agar menjadi guru tetapi dapat mengaplikasikan setiap ilmu, pengalaman yang saya pelajari untuk sampai kepada mereka yang memerlukannya. Mereka yang bersama saya ataupun di sekeliling saya hari ini tahu apa yang saya lakukan sehingga ke hari ini. 

Melalui blog ini saya berkenalan dengan ramai orang termasuklah wartawan, NGO, pegawai pendidikan dsb. Isu ini telah saya panjangkan ke surat khabar tempatan dalam (3) bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Iban.

Bagi anda yang mengikuti isu yang saya tulis ini, dari permulaan sehingga ke hari ini anda sedikit sebanyak dapat info apa yang saya lakukan bersama rakan-rakan yang lain.

Saya sendiri ke Kuching bersama rakan pernah berjumpa dengan Ketua Eksekutif Kolej SIDMA Sarawak, berjumpa dengan pegawai di PPD untuk mendapat maklum balas, cadangan mengenai isu ini menghantar email / surat / mesej ke Facebook kepada YB, Datuk, Dr, Pengacara TV, KPM dsb.

Manakala rakan-rakan yang lain pernah mengadakan perjumpaan bersama Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin  di Kuching, Senator Pau di Bintulu dsb. Rakan-rakan yang lain berusaha mengumpulkan petisyen / dokumen yang bertujuan untuk mengumpulkan seramai yang boleh graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) di Unitar. 

Saya sedikit kecewa, saya bukanlah nak menjadi ‘hero’ seperti yang anda dakwa. Sesetengah isu ini sedikit sebanyak desakan saya terhadap pihak pengurusan universiti agar bangkit membela nasib graduan dan tiada niat saya untuk memburuk-burukkan tempat yang pernah saya menimba ilmu ini. Namun kita mempunyai hak untuk bersuara. Apalah ertinya jika sesebuah universiti jika hanya sekadar "kilang mencetak sijil" namun graduan bakal guru konvo pada 2010 & 2011 O% mendapat tempat di sekolah kerajaan. Adakah mereka harus "cari kerja lain" seperti yang disarankan oleh TPM? Score projek di Sarawak akan menerima graduan ini?

Namun saya sangat gembira kerana Dr Mornie sendiri pernah menghubungi saya melalui FB. Dr Mornie juga pernah tampil di surat khabar (Jangan Diskriminasi Graduan Pendidikan Kolej Swasta). Saya juga pasti pihak pengurusan SIDMA College Sarawak / Sabah juga bimbang terhadap masalah ini dan berusaha untuk membantu anda semua. Saya sememangnya mengikuti perkembangan anda semua meskipun telah lebih (2) tahun meninggalkan universiti. 

Kepada rakan-rakan dan pihak pengurusan yang menganggap saya ‘pengkhianat’, saya terima pandangan anda dengan rendah hati. Saya berterima kasih kepada ramai anda yang memberi pandangan yang positif terhadap isu yang saya tulis ini. Bukan sahaja graduan BED, guru-guru di sekolah, pegawai di PPD, ahli di parti-parti politik, bahkan semua pembaca blog ini juga ramai yang mahukan anda dibantu sepertimana KPM memberi ruang kepada GSTT. 

Mungkin ada yang terlalu lama merindui perkembangan isu ini setelah sekian lama, namun bukanlah bererti saya sudah lupa. Bagi meredakan isu ini dan memberi peluang kepada pihak berwajib untuk membuka ruang, memberi peluang kepada graduan ini agar ditempatkan...saya melalui cara yang lain.

Just one thing, ‘bersyukur’ apa yang kamu dapat pada hari ini tanpa kamu melupakan mereka yang lain. 

Ikhlas,
Igat
2 September 2012

Khas buat mereka, semoga KPM dapat membuka e-gst...,
i. Nama 66 Graduan Bachelor Of Education (Hons) Unitar Pusat Wilayah Sarawak Konvokesyen Ke 10, 30 Oktober 2010
ii. Graduan BED Unirazak Sarawak 2011
iii. dan SEMUA graduan ISMP IPTS yang menuntut posting 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...